Free Web Hosting by Netfirms
Web Hosting by Netfirms | Free Domain Names by Netfirms

Fights for independen Patani State

logo utusan.gif (1200 bytes)

      Patani Darussalam Independent Online News,information politik and history.. 

                                               greetings.gif (11971 bytes)

 

 

 

 changrec.gif - 2893 Bytes BERITA UTAMA
Pendukung Thaksin Mengadakan Tunjuk Perasaan

BANGKOK: 18 Okt - Kira-kira 10,000 anggota kumpulan ‘Baju Merah’ mengadakan demonstarasi bagi meningkatkan tekanan ke atas Rejim Abhisit berikutan petisyen mendapatkan pengampunan diraja bagi bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra yang didukong mereka.

Menurut jurucakap polis, Piya Utayo berkata penunjuk perasaan mula berhimpun pada sebelah tengah hari dan jumlah mereka dijangka bertambah menjelang petang. Beliau berkata, setakat ini keadaan adalah terkawal.

Thailand meluluskan undang-undang keselamatan dalam negeri lebih ketat dan menempatkan 2,000 anggota polis bagi memastikan tunjuk perasaan tidak bertukar ganas.

Kumpulan Baju Merah mahu kerajaan mempercepatkan proses petisyen mereka yang didakwa ditandatangani sekurang-kurangnya 3.5 juta pendukung Thaksin.

“Kami berada di sini bagi memberi amaran kepada kerajaan. Kerajaan cuba menangguhkan proses penerimaan petisyen memohon pengampunan kepada Thaksin,” kata penyelaras Barisan Bersatu bagi Demokrasi Menentang Diktator (UDD), Jatuporn Prompan.

Perhimpunan UDD itu adalah kali ke-6 sejak April lalu apabila bantahan selama tiga minggu mencetuskan huru hara di Bangkok dan memaksa anggota keselamatan bertindak bagi menangani keganasan terburuk dalam tempoh 17 tahun di Thailand.

Perhimpunan besar-besaran itu melanjutkan krisis politik empat tahun hingga menakutkan pelabur asing.

Thaksin, 60, jutawan yang terpilih dalam dua pilihan raya itu dijangka berucap kepada pendukungnya melalui telefon pada lewat petang.

Beliau bertindak lari ke luar negara bagi mengelak hukuman penjara atas kesalahan rasuah dan kini tinggal dalam buangan.

Pendukung Thaksin menyerbu sidang puncak Asean April lalu dan mengadakan rusuhan selama dua hari sebelum disuraikan pasukan tentera.

Kumpulan pendukung raja ‘Baju Kuning’ pula menutup lapangan terbang Bangkok akhir tahun lalu, menyebabkan kerajaan pro-Thaksin ketika itu tumbang dan digantikan kerajaan pimpinan perdana menteri sekarang, Abhisit Vejjajiva.

Thaksin masih menerima dukungan besar dikalangan penduduk miskin Thailand terutama di kawasan luar bandar di utara negara itu. Beliau, bagaimanapun, dibenci golongan elit di istana dan tentera.

Rejim Thaksin juga dibenji oleh penduduk etnik Melayu di kerana ketika beliau berkuasa banyak membunuh benduduk etnik Melayu, iaya itu di Taba dan didalam masjid keresik

Vejjajiva menolak gesaan UDD supaya Dewan Rakyat dibubarkan dan mengadakan pilihan raya baru sebaliknya menegaskan pengundian hanya akan diadakan apabila ekonomi pulih dan pungutan suara mengenai pindaan Perlembagaan dilaksanakan.

Masjid Kersik

Masjid Telukmanok
Kota Patani & Sri Patani
Demonstrasi di Tabal

Home