Free Web Hosting by Netfirms
Web Hosting by Netfirms | Free Domain Names by Netfirms

Fights for independen Patani State

logo utusan.gif (1200 bytes)

      Patani Darussalam Independent Online News,information politik and history.. 

                                               greetings.gif (11971 bytes)

 

 

 

 

 

 

 

Web Counter

 changrec.gif - 2893 Bytes BERITA UTAMA
Pergolakan diwilayah etnik Melayu Meningkat
PATANI DARUSALAM:  6 Janl - Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu PULO Menganggap Kumpulan hak asasi Human Rights Wacch (HRW) di Thailand Sunai Phasuk yang melaporkan bahawa Pejuang Pembebasan Patani Darusalam atau gerila Patani melaku kekejaman terhadap musuh dianggap berpihak.
Menurut pernyataan Setiausaha Agong PULO Imam Abu Jihad bahawa pihak askar penjajah Thailand melakukan lebih kejam terhadap orang-orang Melayu kerana masih banyak masyarakat Melayu Patani yang hilang tidak ada khabar berita apakah mangsa- mangsa terbabit masih hidup atau telah dibunuh.

Sejauh yang kami mengtahui bahawa askar Penjajah Thailand menculit atau menahan  orang-orang Melayu terus disiksa dan di kamus hidup-hidup.

Memang pergolakan diwilayah-wilayah penduduk suku Melayu telah mencapai paras yang tinggi, serangan kumpulan pejuang Pembebasan Patani Darusalam terhadap askar dan polis penjajah Thailand sudah masuk tahun kelima.

Namun dasar perdamaian yang dilancarkan rejim Bangkok sementara pimpinan Jeneral Surayud Chulanont ternyata tidak berhasil, kerana pihak penjajah Thailand masih mempertahan dasar jahatnya yang telah dilaksanakan sejak 1902.

Kumpulan pejuang Pembebasan Patani Daerusalam memenggal kepala, mencencang malah menyalib mangsa itu, memang itu sebagai tindak balas atas kezaliman, kekejaman, dan kebiadaban askar penjajah Thailand terhadap masyarakat Melayu.

'Menurut pernyataan Sunai Phasuk seorang konsultan kumpulan hak asasi Human Rights Watch (HRW) Thailand, bahawa gerila Patani membunuh dengan cara yang kejam: memenggal kepala, menetak hingga mati dan membakar mangsa... semuanya bertujuan mencetuskan reaksi sama kejam oleh penduduk beragama Buddha terhadap orang Islam.

'Orang Siam merasakan mereka kini menjadi mangsa kekejaman, dan ramai berpendapat pembersihan etnik Siam sedang berlaku,' kata beliau.

Sehingga akhir 2006 seramai 1,800 orang terkorban sejak gerila Patani menyerang sebuah pangkalan tentera di wilayah Melara pada 4 Januari 2004.

Menjelang akhir 2007, angka korban melebihi 2,800 orang.

Secara purata, 72 orang terbunuh setiap bulan sejak rampasan kuasa tentera pada September 2006, naik daripada 53 kematian setiap bulan sebelum itu, mengikut perangkaan kumpulan Intellectual Deep South Watch.

Dalam keganasan terbaru, tiga orang termasuk seorang askar penjajah Thaiamd terbunuh, menurut polis Thailand kemarin.

Patani adalah sebuah negara Melayu yang berdaulat yang diperintah oleh sultan Melayu sebelum di rampas oleh Thailand pada tahun 1902.  – PINA (sumber berita dikutip dari AFP)

Hancurkan Penjajah Siam : Bangunkan semangat Melayu Patani                                   Ajak : Bergambung dengan Pejuang Pembebasan Patani

Masjid Kersik

Masjid Telukmanok
Kota Patani & Sri Patani

Rejim Baru Bangkok

Demonstrasi di Tabal
 

Home