Free Web Hosting by Netfirms
Web Hosting by Netfirms | Free Domain Names by Netfirms

Fights for independen Patani State

logo utusan.gif (1200 bytes)

      Patani Independent News, information, politik and history.. 

                                               greetings.gif (11971 bytes)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Web Counter

 changrec.gif - 2893 Bytes BERITA UTAMA
Malaysia Hulur Sokongan Bantu wilayah suku Melayu
PATANI DARUSALAM: 14 Ogos - Malaysia bersedia untuk menghulur sokongan bagi memastikan munculnya keamanan, kestabilan dan kesejahteraan di wilayah suku Melayu (Selatan Thailand), yang menjadi kunci utama kepada keselamatan dan pembangunan kedua-dua negara, kata Menteri Luar Datuk Anifah Aman.

Beliau berkata Malaysia faham bahawa kerajaan Thailand memberikan keutamaan cukup tinggi terhadap usaha mencari penyelesaian terbaik kepada masalah yang sedang dialami di kawasan suku Melayu itu.

"
Keazaman dan komitmen kerajaan Thailand untuk menyelesaikan kemelut di kawasan itu memang terserahlah," katanya semasa berucap pada majlis perasmian Musyawarah ke-11 Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Dua Hala Malaysia-Thailand di sini Khamis.

Katanya Malaysia dan Thailand memiliki hubungan setiakawan yang cukup akrab dan sentiasa bekerjasama rapat dalam usaha membentuk serta melebarkan skop kerjasama.

"
Malaysia percaya musyawarah ini akan menyediakan asas kepada pembangunan untuk dicapai dalam usaha menjalin kerjasama lebih baik dalam pelbagai bidang, di samping meneroka bidang-bidang baru untuk pembangunan ekonomi dan sosial, yang akan menguntungkan kedua-dua negara," katanya.

Menurutnya musyawarah itu akan mengukuhkan keakraban hubungan antara kedua-dua negara.

Anifah berkata inisiatif "3E" (Pendidikan, Keusahawanan dan Pekerjaan) hasil usahasama Malaysia dan Thailand, diharapkan akan berhasil dalam mengorak langkah membina keyakinan yang efektif kalangan penduduk di kawasan berkenaan, dalam usaha membentuk serta memupuk keamanan dan keselamatan wilayah-wilayah ethnik Melayu.

"
Di bawah inisiatif pendidikan, saya berharap belia etnis Melayu yang mengikuti lawatan-lawatan sambil belajar yang ditampilkan di bawah inisiatif itu dapat mempelajari perkara-perkara berkaitan kepelbagaian budaya, pelbagai etnik dan pelbagai agama di Malaysia, dan mereka dapat kembali ke Thailand untuk menyumbang kepada komuniti masing-masing," katanya.

Menurutnya selain 3E, usaha bagi memupuk pembangunan ekonomi dan sosial adalah mekanisma penting dalam membina kepercayaan dan keyakinan, yang akhirnya akan dapat membawa keamanan dan perdamaian yang berkekalan di wilayah etnik Melayu.

"
Pelaksanaan projek-projek infrastruktur, latihan modal insan menerusi pendidikan dan lain-lainnya kini sudah mula menunjukkan hasil yang positif," tambahnya.

Katanya agenda musyawarah hari ini merangkumi pelbagai isu seperti kerjasama di sempadan, komunikasi dan pengangkutan, pelaburan dan perdagangan, pertanian, pendidikan, Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand, sains dan teknologi maklumat, dan kerjasama mengenai langkah membina keyakinan.

Mengenai perdagangan, Anifah berkata Malaysia dan Thailand merupakan rakan perdagangan yang penting.

"
Perdagangan dua hala antara kedua negara meningkat dari USD15 bilion pada tahun 2006 kepada USD19.6 bilion pada 2008. Pelaburan Thailand di Malaysia naik daripada USD32 bilion pada 2006 kepada USD43 bilon pada 2008 dalam bidang pekilangan makanan serta petrokimia," katanya.

Menurutnya pelaburan Malaysia di Thailand juga meningkat daripada USD29 bilion pada 2006 kepada USD35 bilion sehingga suku ketiga tahun 2008 dalam bidang pembinaan, kewangan, insurans dan hartanah.

Anifah berkata beliau percaya masih ada ruang bagi kedua-dua negara meneroka bersama dalam bidang-bidang yang berpotensi bagi mengeratkan lagi hubungan pelaburan dan perdagangan antara negara.

Bagaimanapun Setiausaha agung Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO) Imam Abu Jihad, berharap kerajaan Thailand benar-benar jujur dan ikhlas untuk mencari Penyelesaian, keamanan, kestabilan dan kesejahteraan yang berkekalan, jangan ada udang disebalik batu.

Namun selama ini Rejim Bangkok tidak pernah ihklas dalam menangani penduduk etnik Melayu dan tidak pernah menghamati terhadap agama dan kebudaan penduduk etnik Melayu. ujar Imam Abu Jihad. - PINA                                  

 

Masjid KersikMasjid TelukmanokKota Patani & Sri Patani

 

Demonstrasi di Tabal

Home