Free Web Hosting by Netfirms
Web Hosting by Netfirms | Free Domain Names by Netfirms

Fights for independen Patani State

logo utusan.gif (1200 bytes)

      Patani Darussalam Independent Online News,information politik and history.. 

                                               greetings.gif (11971 bytes)

 

 

 

 

 

Web Counter

 changrec.gif - 2893 Bytes BERITA UTAMA
Kumpulan Hak Asasi Manusia gesa Thailand tamatkan kekerasan
BANGKOK:. 26 Okt - Kumpulan hak asasi manusia mendesak kerajaan Thailand yang dibentuk oleh tentera supaya menghukum mereka yang terlibat dalam kematian lebih 80 penduduk Melayu ketika dalam tahanan tentera dua tahun lalu.

Aktivis turut menggesa Perdana Menteri, Surayud Chulanont, yang sebelum ini berikrar untuk berunding dengan pemimpin-pemimpin pejuang Pembebasan Patani, menamatkan kekerasan di wilayah-wilayah penduduk Melayu yang sudah mengorbankan 1,740 orang, menggugurkan dakwaan ke atas 58 penduduk Melayu yang didakwa terbabit dalam tunjuk perasaan di Tabal.

Komponen utama dalam membina semula keyakinan di wilayah sempadan selatan adalah dengan membuktikan komitmen menerusi tindakan menghukum mereka yang bertang- gungjawab,” menurut Amnesty International yang beribu pejabat di London dan Pertubuhan Human Right Watch di Washington.

Kedua-dua pertubuhan Hak Asasi Manusia (HAM) itu mengeluakan kenyataan bersama berhubung perkara itu.

Polis dan tentera Thailand menembak mati tujuh penduduk Melayu bagi menyuraikan penunjuk persaan secara aman itu di depan sebuah balai polis di Tabal, pada 25 Oktober 2004.

Beratus-ratus orang ditahan selepas kejadian itu tetapi 78 maut akibat lemas atau terpijak selepas tahanan itu disumbat beramai-ramai dalam lori tentera untuk diangkut ke kem tentera berhampiran.

Siasatan oleh badan yang dilantik kerajaan mendapati kaedah yang digunakan untuk menyuraikan penunjuk perasaan itu tidak wajar dilakukan tetapi pegawai kanan tentera yang disokong kuat oleh kerajaan sebelum ini, sehingga kini masih belum didakwa.

Malah, pegawai tentera yang bertanggungjawab dinaikkan pangkat ke pangkat jeneral selepas laporan terbabit dikeluarkan, lapor pertubuhan HAM itu.

Kumpulan Petugas Keadilan Untuk Keamanan yang disertai ahli perundangan Islam, turut menggesa kerajaan menggugurkan tuduhan ke atas penunjuk perasaan, kebanyakannya penduduk Melayu yang tidak faham bahasa Thai yang digunakan dalam mahkamah.

Sementara itu tentera Thailand semalam berkata mereka mengadakan latihan di kubu kuat Thaksin Shinawatra berikutan sumber risikan menyatakan bekas perdana menteri yang disingkir itu cuba meninggalkan London.

Latihan harian diadakan di wilayah utara, Phitsanulok, kata jurucakap tentera, Acar Tiproch.

Thaksin masih popular di kawasan terbabit. Latihan diadakan oleh Ketumbukan Ketiga Tentera yang bertanggungjawab terhadap utara Thailand.

“Sasaran latihan itu untuk memberi pengetahuan kepada tentera apa yang perlu mereka lakukan jika berlaku sesuatu,” kata Acar.

Acar menafikan laporan dalam Bangkok Post bahawa pasukan itu berpindah ke Bangkok berikutan bimbang Thaksin cuba untuk kembali dari London.

Thaksin berada dalam buangan di England sejak rampasan kuasa Thailand 19 September lalu.

Noppadol Pattama, wakil Thaksin di Thailand berkata, jutawan berkenaan tidak mempunyai rancangan untuk kembali ke negara itu dalam waktu terdekat.

“Ia tidak benar,” katanya.

“Thaksin masih di England dan beliau tidak ada rancangan untuk kembali ke Thailand dalam masa terdekat ini.”

Sumber risikan berkata, Thaksin cuba untuk ke Singapura bagi membincangkan kontroversi berikutan jualan saham telekom Shin Corp oleh keluarganya kepada Temasek Holdings.

Penjualan itu menimbulkan bantahan awal tahun ini yang berakhir dengan rampasan kuasa tentera bulan lalu. Kerajaan junta menyiasat jualan berkenan.

Sumber bagaimanapun berkata, kerajaan Singapura menafikan kemasukan Thaksin ke negara itu.

“Beliau cuba beberapa kali untuk ke Singapura mengendalikan masalah dengan Temasek tetapi tidak dibenarkan berbuat demikian,” kata mereka.

Tindakan tentera itu berikutan kritikan terhadap pemimpin rampasan kuasa selepas pengundian kelmarin yang memilih Meechai Ruch
upan sebagai presiden bagi perhimpunan perundangan kebangsaan.

Meechai adalah penasihat perundangan tertinggi junta. – AFP/Reuters

Masjid Kersik

Masjid Telukmanok
Kota Patani & Sri Patani

Rejim Baru Bangkok

Demonstrasi di Tabal
 

 

Home